Pelaburan hartanah semakin hari makin berkembang di Malaysia. Jika kita lihat di dalam akhbar atau pun laman web sesawang kita akan jumpa iklan-iklan berkaitan urusan jual, beli dan sewa di bahagian hartanah (property). Satu pelaburan yang sememangnya saya rasa mudah bagi mereka yang mempunyai sikap "duduk diam dapat duit". Mungkin anda selalu dengar semasa Swish Cash (dan seangkatan dengannya) tengah meletup-letup diperkatakan oleh semua orang.
Berbeza dengan pelaburan yang berisiko tadi, pelaburan yang bakal saya huraikan di sini adalah sama sekali tidak kena mengena. Pelaburan yang saya maksudkan adalah anda membeli rumah dan memberi sewa kepada orang lain.
Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 10% daripada harga rumah tadi. (Bagi rumah yang baru siap biasanya ada diskaun untuk lot bumiputera. Jika rumah yang telah disiapkan, atau tangan kedua kemungkinan anda perlu menyediakan 10-15% dari harga rumah tadi). Cari tempat dan lokasi yang agak padat dan anda boleh kira berapa perbezaan antara ansurans kepada bank dengan bayaran sewa yang akan anda terima.
Contoh anda membeli sebuah rumah flat sederhana berharga RM 66,000. 10% adalah RM 6,600 untuk baki bayaran kepada syarikat perumahan (90% daripada bank). Jumlah ansurans selama 30 tahun lebih kurang RM 300 sebulan. Kawasan tersebut startegik dan anda boleh sewakan sehingga RM 450. Ini bermaksud anda boleh untung kasar sehingga RM 150 sebulan. Tolak duit penyelenggaraan, andaikan RM 30, cukai tanah, cukai pintu dan indah water, andaikan RM 300 setahun bermaksud RM 25 sebulan. Jadi anda masih ada untung bersih sebanyak RM 95 sebulan.
Anda kira selama 5 tahun anda akan menerima pulangan sehingga RM 5,700. Sedikit ye? Tidak mengapa, biar sedikit asalkan untung. Anda masih untung kerana menilai kembali aset anda tadi. Dalam masa 1 tahun aset anda akan meningkat dalam 5 -10%. Kita andaikan kenaikan sebanyak 5% setahun, maka pada tahun kelima hartanah anda mungkin dianggarkan RM 82,500. Bermaksud selama 5 tahun anda telah memperolehi sebanyak RM 82,500 - RM 66,000 + RM 5,700 = RM 22,200.
Apa yang saya tulis di atas adalah daripada pengalaman kawan-kawan saya. Semoga apa yang saya cuba kongsikan di sini dapat kita manafatkan bersama. Wallahualam bissawab